APA ITU HIJRAH ?
Secara bahasa khususnya hijrah berasal dari kata akar هـ ج ر yang membawa maksud :
DARI SEGI BAHASA :
DARI SEGI BAHASA :
- Hijrah ialah perpindahan atau perubahan daripada suatu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
DARI SEGI ISTILAH :
- Hijrah ialah perpindahan Rasulullah SAW dan orang-orang islam dari Mekah ke Madinah untuk menyebarkan agama islam.
Imam Al Asfahanii :
Menurutnya, hijrah bererti berpisahnya seseorang dengan yang lain, baik berpisah secara badaniah, lisan, atau dengan hati. Meninggalkan suatu daerah bererti berpisah secara fisik (badan). Membenci seseorang bererti memisahkan dirinya dengan orang lain secara psikhis (qalbiyah), dan secara lisan bererti tidak mahu berbicara dengan orang lain.
Ibn Faris dan Al Asfahani:
Hijrah hanya semata-mata melihat dari sisi bahasa saja tanpa mengaitkan dengan aspek lainnya. Dengan berdasar pada pengertian bahasa ini, maka orang yang tidak saling berbicara (saling membenci) adalah termasuk hijrah. Padahal sikap seperti ini adalah terlarang dalam ajaran Islam terutama lebih dari waktu tiga hari.
Al Jurjani :
Menurutnya hijrah adalah meninggalkan tanah air yang dibawah kekuasaan orang-orang kafir menuju ke daerah Islam. Pengertian hijrah ini sudah mencukupi pada pengertian istilah, karena ia sudah mengaitkan dan merujuk pada peristiwa hijrah yang pernah terjadi pada diri Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam beserta para sahabatnya.
Berikut, kutipan hadis Nabi mengenai hijrah yang bersumber dari Umar bin Khattab yang mendengar langsung dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam .
إنما الاعمال بالنيات و إنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إل الله و رسوله فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya.” (Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907)
Al-Zubair bin Bakkar meriwayatkan bahawa hadis tersebut disabdakan Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika baru saja tiba di Madinah bersama para sahabat. Ternyata dalam rombongannya itu terdapat seorang yang ikut hijrah hanya dengan harapan ingin melamar seorang wanita yang juga ikut berhijrah. Nabi mengetahui hal ini, lalu beliau naik ke atas mimbar dan menyabdakan hadis tersebut. Zainuddin al-Hambali menyebutkan bahwa seorang wanita yang ingin dilamar itu bernama Ummu Qais. Riwayat ini dinilai oleh Yahya Ismail Ahmad sebagai riwayat yang dhaif.
عن عائشة قالت: هاجر إلى الحبشة رجال من المسلمين و تجهز أبو بكر مهاجرا فقال النبى صلى الله عليه و سلم على رسلك فانى أرجوا أن يوءذن لى
Kata Ahmad Syalabiy hijrah ke Habsyah ini terjadi pada tahun ke- 5 setelah Muhammad dilantik menjadi Nabi atau ketika Nabi saw berusia 45 tahun. Jadi, hijrah bermaksud pindahnya umat Islam (para sahabat) dari suatu daerah ke daerah lain itu sudah terjadi 2 kali, pertama hijrahnya ke Habasyah pada tahun ke-5 bi’tsah Nabi, dan yang kedua hijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun ke-13 bi’tsah Nabi.
Hal ini dipertegas dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bin Hambal yang bersumber dari Abu Musa.
فقال النبي صلى الله عليه و سلم : بل لكم الهجرة مرتين هجرتكم إلى المدينة و هجرتكم إلى الحبشة
Hijrah yang dimaksud di atas adalah hijrah yang sudah berlalu peristiwanya. Ada lagi hijrah yang saat ini belum terjadi tetapi suatu saat nanti di akhir zaman akan ada hijrah ke daerah Bait al-Maqdis di Palestina atau dalam skala yang lebih besar lagi iaitu ke daerah Syam. Hal ini didasarkan pada informasi dari sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Daud yang bersumber dari sahabat Abdullah bin Umar.
ستكون هجرة بعد هجرة فخيار أهل الارض ألزمهم مهاجر إبراهيم و يبقى فى الارض شرار أهلها تلفظهم أرضوهم تقذرهم نفس الله و تحشرهم النارمع القردة و الخنازير
Dalam Fath al-Bariy, hal. 40 al-‘Asqalaniy (852 H/1449 M) mengutip pendapat sebagian ulama bahwa ada hijrah yang ketiga, yaitu hijrah ke Syam pada akhir zaman nanti di saat fitnah sudah merambah dan merajalela kemana-mana (zhuhur al-fitan).
sumber : http://www.fimadani.com/pengertian-hijrah-berdasarkan-hadits-rasulullah/
Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang luas dan mendalam, iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai kaedah seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku.
Orientalis Barat mentaksirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai satu pelarian. Pendapat mereka ini juga disangkal kerana konsep hijrah dalam islam berbeza daripada konsep hijrah barat dengan menggunakan empat hujah. Yang pertama, penghijrahan orang islam mekah ke madinah adalah kerana jemputan orang arab madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua. Yang kedua, ketibaan orang islam Mekah ke Madinah juga telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah. Yang ketiga, orang islam Mekah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah. Akhirnya, Nabi Muhammad SAW pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan islam.
HIJRAH BUKAN SEKADAR PERPINDAHAN
Mungkin umat islam banyak yang menyangka, bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari kota Mekah ke Madinah adalah sesuatu hal yang biasa. Padahal sebenarnya tidak semudah itu, ia perlu perjuangan yang sangat besar. Pada waktu itu tentangan dari kaum Musyrikin Mekah pada umat islam sangatlah kuat, sehingga mereka sanggup membunuh para umat Islam yang akan berhijrah, dan keselamatan Rasulullah SAW dan para sahabatnya juga turut terancam. Ditambah lagi, Rasulullah SAW berhijrah setelah semua sahabat telah berangkat menuju ke Madinah. Inilah jiwa seorang pemimpin sejati, beliau lebih mementingkan keamanan dan keselamatan umatnya terlebih dahulu daripada dirinya sendiri, ditambah beliau juga memiliki ketenangan hati yang luar biasa walaupun keadaan sedang genting. Saat itu, Rasulullah SAW ditemani oleh dua orang sahabat, iaitu Abu Bakar serta Ali bin Ali Thalib.
Dalam peristiwa hijrah Rasulullah SAW
1) Ketika di Mekah pintu dakwah sudah tertutup semuanya, maka umat Islam akhirnya hijrah secara menyeluruh.
Sebelum peristiwa hijrah kali ini, sebenarnya umat islam sudah pernah mengalami beberapa kali hijrah, iaitu ke negeri Habsyah sebanyak dua kali. Jadi hal ini bukanlah yang pertama dialami umat Islam. Alasan mengapa umat Islam memutuskan hijrah ke Madinah karena kesempatan yang mereka miliki di Mekah sangat kecil. Mengapa demikian? Kerana banyak yang menentang dan membenci dakwah Rasulullah, bencinya mereka bahkan berniat untuk membunuh Rasulullah SAW setelah wafatnya bapa saudara baginda, iaitu Abu Thalib. Mulai saat itulah, Rasulullah SAW sudah mulai merencanakan untuk berhijrah.
Memang sejak awal lagi, berdakwah di Mekah memang begitu sulit. Tetapi Allah tidak langsung memerintahkan Rasulullah untuk berhijrah. Pelbagai cara sudah dilakukan Rasulullah SAW namun pintu hati mereka begitu rapat, dan barulah Allah perintahkan Rasulullah SAW untuk berhijrah. Dari peristiwa ini kita hendaklah mengambil pengajaran serta hikmah, ketika kita sedang berusaha untuk berdakwah pada orang-orang disekitar kita, walaupun terasa sulit hendaklah terus mencuba sehingga Allah memberi petunjuk kepada kita.
2) Saat umat Islam memutuskan untuk berhijrah, Madinah yang dijadikan pilihan bukan Habasyah.
Kota Madinah tidak dijadikan tujuan hijrah Rasulullah. Tetapi Allah menginginkan Madinah sebagai tempat hijrah Rasulullah SAW bersama para umatnya. Salah satu alasan kenapa lebih memilih Madinah dari pada Habsyah kerana kultur masyarakatnya yang tidak jauh berbeda dengan Mekah, sehingga memudahkan untuk beradaptasi. Selain itu, jaminan keamanan di Madinah itu jauh lebih besar dari pada di Habasyah.
Merujuk kepada ciri-ciri hijrah bentuk baru yang perlu ditampilkan, penghijrahan nilai, etika dan peradaban hidup perlu diberi perhatian khusus dalam membentuk sebuah negara menuju alaf baru dan sejahtera. Tiada gunanya kita maju ke hadapan dalam bidang teknologi dan kecanggihan maklumat, tetapi jiwa kita kering kontang dan senang dibawa arus hawa nafsu yang dikepalai oleh iblis dan syaitan. Kita perlu wujudkan keseimbangan kemajuan di sudut rohani dan jasmani.
Dunia tanpa sempadan, perdagangan elektronik, era digital, teknologi maklumat, jenayah siber, perlumbaan ilmu, kuasa ekonomi, kekuatan teknologi dan banyak lagi adalah cabaran yang hanya mampu diharungi oleh generasi umat yang bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual dalam melangkah menuju ke alaf baru. Penghayatan kepada pengajaran di sebalik peristiwa hijrah dan bersesuaian dengan fenomena sekarang, maka umat Islam perlu kepada kekuatan yang berupa keyakinan, kematangan, ilmu, kecekalan, kesungguhan dan kesatuan. Inilah unsur-unsur yang perlu dimiliki dan dibentuk kepada generasi umat Islam sekarang dalam meneruskan perjuangan risalah Islam dalam arus perubahan alaf baru.
HIJRAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MANUSIA
- Penghijrahan yang berlaku pada hari ini sangat berbeza daripada penghijrahan orang islam dari Mekah ke Madinah. Misalnya, pada hari ini penghijrahan sesuatu kelompok manusia adalah akibat peperangan, dan mereka ini dianggap pelarian. Kehadiran pelarian ini disesebuah negara adalah tidak diundang, malah mereka dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
- Pada hari ini, jelas kelihatan masyarakat Islam semakin tidak bersatu-padu, sekalipun mereka mengetahui bahawa kehidupan begitu adalah sifat masyarakat Jahiliyah. Keadaan masyarakat yang kebanyakannya hidup dengan mempertahankan dan mementingkan diri sendiri boleh melemahkan ummah dan negara. Kini ramai generasi Islam yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang merosakkan agama dan bangsa seperti terlibat dengan kumpulan samseng, seks bebas, penagihan dadah dan sebagainya yang seterusnya melemahkan institusi kemasyarakatan. Justeru, kesatuan amat penting untuk membentuk ummah yang teguh di alaf baru. Generasi alaf baru tidak sepatutnya bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sikap individualistik tidak sepatutnya dicernakan dalam pemikiran remaja generasi sekarang.
sumber :
file:///Volumes/SYIKIN/HIJRAH%20NABI%20MUHAMMAD%20KE%20MADINAH%20-%20YouTube360p.mp4
DISEDIAKAN OLEH :
NURUL ATIKAH BINTI ABDUL HALIM
10DPM15F1023
19 TAHUN
PULAU PINANG
NUR AIDA BINTI ADENAN NAZRI
10DPM15F1001
19 TAHUN
KEDAH
NOR AIDA BINTI ROSLI
10DPM15F1069
21 TAHUN
KEDAH
NUR SYAFIRA BINTI GHAZALI
10DPM15F1061
21 TAHUN
KEDAH